MyEm0.Com Hyeeeeee, Thnks for visiting my blog, Do Follow okayyy :) Gracious Life, Merci ツ ♥

Thursday, 5 December 2013

Kekuatan. Semangat. Dari siapa ?



Assalamualaikum. Dah lama rasanya saya tak update blog. Dari aku bertukar ke ain dan kini bertukar kepada panggilan saya, rasanya panggilan ini lebih manis kan :)
Bismillahirrahmanirrahim...
Langit tidak selalu cerah tidak selalu mendung, roda berputar tidak selalu di atas, tidak selalu di bawah. Begitu juga kita. Perjalanan hidup kalau tak ada rintangan tidak cantik coretan lembaran setiap hari kan. Allahu, sejujurnya, bukan mudah untuk menjadikan sesuatu yg kita impikan itu kenyataan. Hidup onak duri itu biasa, jerih perih setiap muka surat yg tertulis itu permulaan cerita. Jangan takut, jangan gentar, Allah itu ada. - INNALLAHA MAA'ANA. Ramai yg bertanya kepada diri ini macam mana boleh hadapi segala rintangan dan menjadi kuat. Bibir tersenyum.. Dan jawapanku " Bukan senang nak jadi senang, Allah akan duga hamba dia yg mampu sahaja, kita terpilih ambil lah kesempatan itu "
Sejujurnya lagi, berat mata memandang berat lagi bahu memikul, berat lagi yang menghadapi, berat hati untuk mengatakan yg diri ini terlalu kuat. Mulanya hati meronta, jiwa sengsara sehingga aku jumpa jalan kembali, aku cari ketenangan dan Dia pengubat segala - ALLAH SWT.


Hidup penuh liku, itu hidupku. Hidup kamu juga penuh liku, tetapi tidak sama kerana Allah sudah cantikkan jalan yg liku itu, lain hidup lain ujiannya. Faham kan :)
Benar kata ibu " bukan mudah mencari sahabat baik di muka bumi ini yg terima kita seadanya " Kekadang diriku alpa, terlanjur kata kata, terpukul di mana mana, terngumpat sesiapa, terkasar bahasa, terkurang ajar tidak semena. Mereka yg tidak boleh terima itu perlu belajar menerima dan melihat kekurangan diri sendiri, termasuk diri ini, nauzubillah. Dunia, manusia, harta benda, pangkat, wang, darjat dan kekuasaan menguasai diri kita. Tidak semua manusia sebegitu, tetapi ada. Wallahualam, semoga kita di jauhkan. Sebaiknya ' HUSNU DZON '

Manusia seringkali pentingkan diri terkadang sperti chipsmore, dikala senang muncul di depan mata, dikala susah hilang tiba tiba. Perih hati menahan sakit didada. Semoga Allah merahmati hubungan kau, aku, kamu, saya, dia, mereka, dan kita semua. Moga dijauhkan dari manusia yg sebegitu rupa.

Saya berkata lagi kepada mereka yg bertanya; jika ada sesuatu yg menyakitkan di hadapan mu, kawal perasaan itu, kawal hati, kawal air mata, teruskan hidup, buat biasa, jgn sesekali rasa kita keseorangan, percayalah, Dia ada rencananya tersendiri, la tahzan ;)

Dalam hidup ini, yg pertama semestinya Allah swt. kedua Rasul, ketiga Kalamullah, keempat, Malaikat, kelima hari Qiamat dan Qada' dan Qadar . Pesanku untuk diriku dan kamu kamu, letaklah Allah di atas sekali, nescaya hidupmu akan tenang ibarat nur yg menerangi setiap hari, kekuatan diri bermula dari engkau letak Dia di mana ? Tepuk dada tanya selera. Bak kata org modern, " kita ikut je flow~ " Katalah apa kau nak kata, kita Islam ada cara kita, agama kita.

Keluarga, Usrati. Family.
Adalah 3 perkataan yg berbeza, tetapi maksud yg sama maknanya.
Bila air di cincang tidak akan terputus ya ? Inilah keluarga, darah daging yg mana apabila si adik dan si kakak seperti anjing dan kucing bercakaran tidak kira siang dan malam, dengan hanya ikatan " DIA KAKAK KU, AKU ADIKNYA " Kita tidak akan bergaduh bertahun lamanya, tidak akan terpisah *kecuali kahwin :P dan tidak akan ada istilah putus couple putus couple :)
Percayalah Allah dah tentukan sebaik baik manusia dalam hidup kita. Jika ada kekurangan, itu lah penyeri sebenarnya, sekali lagi " Allah duga hambanya yg mampu " Bersyukurlah..

Jika ibu dan ayah ku pergi menghadap ilahi suatu hari nanti, pernah kah kita bertanya pada diri ? Apa kelengkapan, apa persediaan diri ini untuk mereka di saat itu ? Bangun dan tengok lah diri ini di cermin, apakah diri ini cukup sudah untuk hari mereka nanti. Sesungguhnya manusia di dalam kerugian. Saya tersedar apabila ada ceramah berkata hal yg sama. Video Ustaz Don ini yg menyedarkan diri ini dgn pertanyaan semua itu.





Bumi ini semakin tua, umur semakin meningkat, mati tidak kira usia. Bila Allah kata " Kun fayakun " kita kene terima Qada' dan Qadar. Selagi hayat di kandung badan, maka carilah ilmu itu, Bukan ilmu di dunia sahaja, di akhirah juga. Cari lah ilmu utk kali yg terakhir kepada org tua kita. Ilmu menguruskan mereka di saat mereka ingin bertemu kepada yang Maha Pencipta. Carilah ilmu itu. Kepada diri sendiri, janganlah kau alpa dgn dunia yg sementara ini.

Kita mati sekali, kita hidup dua kali, berjuanglah untuk hari mati kita nanti yg sekali itu. InshaAllah tidak sia sia. Besar ganjaranya di akhirah kelak.Wallahualam :)


Bila aku berkata benda yg baik, tidak bermakna aku ini baik. Sampaikan lah walau sepotong ayat. Kepada diri sendiri, Stay strong, hasbunallah wani'mal wakil.

p/s : Apa yang di sampaikan tidak di tujukan kepada sesiapa, ini di olah berdasarkan apa yg berlaku di sekeliling kita, pengalaman dan cerita mereka dan mereka.